Selamat Melayari...

Tuesday, June 15, 2010

Pengenalan Kepada ADOBE PHOTOSHOP CS

Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Nota Powerpoint....

Perkongsian ilmu dariku....

Kepada semua,inilah video pengajaran berkaitan adode photoshop...so...kita kongsi la ilmu ini bersama-sama ye....


Monday, June 14, 2010

Mutiara kata dariku untuk semua....


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Segalanya bermula disini......

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 
Kehidupan adalah anugerah utama ilahi. Anugerah kehidupan memberikan gambaran kebesarannya buat kita kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari......